Thursday, 21 April 2016

Perasmian Vle Frog

Majlis perasmian Vle Frog telah diadakan pada 18 April yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar Puan Jamilah Abdul Rahman. Acara diceriakan dengan gimik lakonan murid serta kehadiran maskot 'frog'.

Majlis turut menyaksikan penyerahan ID dan password Vle Frog kepada wakil murid setiap kelas.

Sunday, 17 April 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 telah diadakan pada12 April 2016 di SBP Integrasi Gombak. Seramai lapan orang guru dari SK Taman Bukit Indah telah menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.

Monday, 11 April 2016

Watikah perlantikan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas

Pada 4 April yang lalu, majlis watikah perlantikan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua serta penolong ketua kelas telah diadakan di SK Taman Bukit Indah. Acara ini telah dirasmikan oleh En Sajoli, ketua pegawai PPD Gombak di sebelah pagi dan Pn Jamilah Abdul Rahman di sebelah petang.

Monday, 14 March 2016

Mesyuarat PIBG 2016

Mesyuarat PIBG telah diadakan di SK Taman Bukit Indah pada 20 Februari 2016. Pelbagai usul telah dikemukakan dan dibahaskan.

Saturday, 30 January 2016

Larian Merentas Desa

Acara larian merentas desa telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Januari 2016.

Monday, 18 January 2016

Majlis Perpisahan Pn Arija dan Pn Lee Bee Har

Pada 19 Januari yang lalu, satu majlis telah diadakan bersempena persaraan Puan Siti Arijah binti Said@Dawud, Puan Lee Bee Har dan Pn Rohimah Mokhtar. Majlis bermula dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang.
Tarian tradisional

Pesanan daripada Pn Arija
Pesanan daripada Pn Lee Bee Har


Menyambut yang dirai, Pn Lee Bee Har dan Pn Arijah
Bacaan doa oleh Ustaz Moin b Abd Nasir
Ucapan Puan Jamilah Abd Rahman, Guru Besar SK Taman Bukit Inda
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Persembahan koir 
Bersama-sama murid-murid sesi petang
Bermesra bersama guru-guru buat kali terakhir di sekolah
Bergambar bersama para guru

Tuesday, 12 January 2016

Program Sekolah Dalam Taman



9 JANUARI 2016 - Gotong-royong telah diadakan di sekolah bersempena dengan program Sekolah Dalam Taman,anjuran bersama Unit HEM, PIBG dan MPAJ. Pihak majlis perbandaran telah menyumbang anak-anak pokok untuk ditanam di sekitar kawasan sekolah. Acara bermula pada pukul 8 pagi dengan senaman ringan, diikuti dengan ucapan perasmian dan aktiviti menanam pokok. Guru kelas pula mengambil peluang ini untuk menghias kelas ersama ibu bapa murid.